Saturday, January 22, 2011

Taaruf atau Bercinta?

Kalaulah kini kita tahu cara bercinta tidak menjadi suatu jaminan bahkan banyak melanggar aturan Allah dan tidak mendapat redhaNya, masihkah kita yang mengaku hambaNya, yang menginginkan syurgaNya, yang takut akan nerakaNya, masih melakukannya?

Tapi kalau bukan dengan bercinta, bagaimana cara ketemu jodoh? Zaman sekarang kan kita tidak boleh senang-senang percaya dengan orang, jadi perlu ada suai kenal. Islam mempunyai solusi yang mantap dan OK dalam memilih jodoh. Istilahnya popular dengan nama Ta’aruf, ertinya perkenalan.

Pertama, ta'aruf  itu sebenarnya hanya untuk berkenalan sebelum bernikah. Biasanya orang yang bercinta sebelum kahwin hatinya sudah bertaut sehingga kalau tidak serasi,  sukar untuk kita mnenerima jika hubungan itu kecundang di tengah jalan dan sangat menyakitkan. Tapi ta'aruf, Insya-Allah dengan niatnya untuk bernikah Lillahi Ta'ala, kalau tidak secocok bertawakal sahaja, mungkin memang bukan jodoh. Tidak ada pihak yang dirugikan mahupun merugikan.

Kedua, ta'aruf itu lebih adil. Masa berkenalan diisi dengan saling tukar maklumat atau biodata diri masing-masing baik kebaikan mahupun keburukannya. Bahkan kalau kita tidur berdengkur misalnya, sebaik-baiknya diberitahu kepada calon kita agar tidak menimbulkan kekecewaan di kemudian hari. Begitu juga dengan kekurangan-kekurangan lain, seperti menghidap penyakit tertentu, tidak pandai memasak, atau yang lainnya. Maklumat bukan hanya daripada si calon tersebut, tapi juga daripada orang yang mengenalnya (sahabat, guru mengaji, orang tua si calon). Jadi si calon tidak boleh mengaku dirinya baik. Hal ini demikian berbeza dengan orang bercinta yang kebiasaannya semua dan penuh kepura-puraan. Yang perempuan akan berdandan habis-habisan dan malu-malu (sampai makan pun jadi sedikit gara-gara takut dikatakan gelojoh). Yang lelaki biarpun tidak berduit tetapi berlagak kaya kononnya ini itu (padahal dapat duit pun dengan meminjam dengan orang lain atau hasil mencuri).

Ketiga, dengan ta'aruf kita dapat berusaha mengenal calon dan mengumpulkan informasi sebanyak-banyaknya dalam waktu yang sesingkat-singkatnya. Hal ini bisa terjadi kerana kedua-dua belah pihak telah bersedia untuk berumah tangga dan siap membuka diri baik kelebihan mahupun kekurangan. Perkara seperti ini menjadikan masa tidak banyak terbuang. Cuba bandingkan dengan orang yang dikatakan bercinta yang sudah lama berpasangan tetapi belum dapat mengenal pasangannya. Bukankah sia-sia belaka?

Keempat, melalui ta'aruf kita boleh mengajukan kriteria calon yang kita inginkan. Kalau ada hal-hal yang sesuai dan kena dengan kriteria yang didambakan, Alhamdulillah tapi kalau ada yang kurang serasi boleh dipertimbangkan dengan melihat dengan hati dan fikiran yang sihat. Keputusan akhir pun tetap berdasarkan dialog dengan Allah melalui solat istikharah. Berbeza dengan orang yang mabuk cinta. Kadang-kadang hal buruk pada kekasihnya, misalnya teman lelakinya kaki pukul, kaki botol, tapi tetap bisa menerima padahal hati kecilnya tidak menyukainya. Namun kerana cinta (atau sebenarnya nafsu) terpaksa menerimanya.

Kelima, kalau memang ada keserasian, biasanya jangka waktu ta'aruf ke khitbah (lamaran) dan ke akad nikah tidak terlalu lama. Hal ini demikian dapat menghindarkan diri kita daripada berbagai-bagai macam zina termasuk zina hati. Selain itu tidak ada perasaan "digantung" kepada pihak perempuan. Kerana semuanya sudah jelas tujuannya adalah untuk memenuhi sunah Rasulullah s.a.w iaitu dengan akad nikah.

Keenam, dalam ta'aruf tetap dijaga adab berhubung antara lelaki dan perempuan. Biasanya ada pihak ketiga yang memperkenalkan.(Pihak ketiga itu diingatkan orang yang sudah berkahwin ye contoh ibubapa, ustaz ustazah, ibu @ bapa saudara yang tahu menjaga adab taaruf dalam Islam). 

Ya! Ternyata ta'aruf banyak kelebihannya dibanding bercinta tanpa ikatan sah dan Insya Allah diredhai Allah.

Jadi, sahabat……
Kita mahu mencari kebahagiaan dunia akhirat dan menggapai redhaNya atau mencari kesulitan, cuba-cuba melanggar dan mendapat murkaNya?

Wallahu’alam....


Sumber :
COPY DALAM FACEBOOK (n___n)

No comments:

Post a Comment