Saturday, January 22, 2011

Fadhilat Amalan 4 Surah Pilihan

Firman Allah s.w.t,

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi pentunjuk ke jalan yg amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yg menggembirakan orang-orang yang beriman yg mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar."

"Dan Kami turunkan dgn beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yg menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadany, dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian juga."


SURAH AL-KAHFI

Sabda Rasulullah s.a.w,

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pd malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah."

"Sesiapa menghafaz 10 ayat permulaan Surah Al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal."

"Sesiapa membaca 10 ayat akhir Surah Al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal."

"Sesiapa membaca dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."

"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan tujuh puluh ribu malaikat memohonkan rahmat daripada Allah s.w.t hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah dari terkena wabak penyakit demam panas atau taun; penyakit sopak; dan dijauhkan dari fitnah Dajjal."


SURAH YAASIIN

Sabda Rasulullah s.a.w,

"Hati Al-Quran ialah Surah Yaasiin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampunkan oleh Allah dosanya, dan bacalah surah Yaasiin kepada mereka yang hampir akan mati dan selepas mati."

"Sesiapa yang membaca Yaasiin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya akan diampunkan dosanya."

"Surah Yaasiin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "Al-Mu'amah" (yang menyelubungi), yang menyelubungi tuannya (pembacanya) dengan kebaikan dunia dan akhirat dan yang menanggung segala bala dan kesusahan dunia dan akhirat dan dinamakan juga sebagai perisai dan penunai hajat, yang melindungi pembacanya dari setiap keburukan dan kejahatan dan yang menunaikan bagi pembacanya segala hajat dan kemahuan."

"Sesiapa yang membaca surah Yaasiin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya."


SURAH AL-WAAQI'AH

Hadith Rasulullah s.a.w,

"Sesiapa yang membaca surah Al-Waaqi'ah pada tiap-tiap malam akan terjauhlah ia dari kepapaan selama-lamanya."

Fadhilat dan faedah :

"Sesiapa yang mengamalkan membacanya sebagai wirid selepas tiap kali solat Asar sebanyak 14 kali, insya-Allah akan mudah mendapat rezeki."

"Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit insya-Allah akan ringanlah sakitnya."

"Jika dibacakan di hadapan orang yang sedang nazak, insya-Allah akan memudahkan sakaratulmautnya."

"Jika dibacakan untuk ahli kubur, insya-Allah akan meringankan siksa kuburnya."


SURAH AL-MULK

Hadith Rasulullah s.a.w,

"Sesungguhnya di dalam al-Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu surah Al-Mulk."

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur."

"Tiada surah yang demikian melainkan mengandungi tiga puluh ayat, yang kelak memberi syafaat kepada orang yang membacanya, mengeluarkannya daripada neraka pada Hari Kiamat lalu memasukkannya ke dalam syurga iaitu surah Al-Mulk."

Anas r.a pula meriwayatkan :

"Sesiapa yang membaca Surah Al-Mulk dan As-Sajdah pada waktu malam keadaannya seperti ia menemui malam Lailatu-Qadr."

Drpd Jabir r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur sehingga baginda membaca Surah Alif Laam Miim, Al-Sajdah dan Al-Mulk (HR At-Tirmizi)




p/s : u see my fren...Allah dah sediakan banyak peluang n modal untuk kita masuk syurga...its all depend on us rite now, whether we want to do it or not....(n____n)


sumber :
Buku Fadhilat Amalan 6 Surah (Ammar b Lukman)


No comments:

Post a Comment